COMMON SENSE.
April 08, 2018
Assalamualaikum.
Malam ni tajuk agak sensitif dan panas sedikit .
It's called as COMMON SENSE .
lek ah jangan sedey (hiasan semata-mata )
Okay let's proceed.
Rasanya semua orang tahu apa itu common sense but still ada insan yang menyakitkan hati ( dengan sengaja ). Itu namanya lack of common sense ( disertai dengan perasaan ego yang membintang )
Sis dah banyak jumpa orang yang macam ni. mashaallah , menguji emosi sungguh. Tapi alhamdulillah sis masih lagi tabah hehek
Menangis tu tak payah cakap la, tu rutin harian sis. (menangis dalam hati je). Terganggu jugak la hidup ni. But its okay, sis boleh endure lagi😌
Actually bila berhadapan dengan situasi macam ni first thing yang kita perlu buat adalah menegur insan tersebut. Nak tegur pun ada adabnya. Tegur dengan cara yang lembut , tapi tegas. Bincang elok-elok dan jangan guna high pitch. Tak kisah la dia tu lelaki or khunsa or etc. ( nama lagi manusia semua ada hati kan ). And please jangan mencarut.
Inshaallah dia boleh terima apa yang kita cuba nak sampaikan. Maybe dia pun ada tak puas hati dengan kita and waktu tu kita pun tak sedar yang kita ada buat salah. Sebab itu lah pentingnya berbincang. Jangan nak tarik-tarik kerusi, hempas pintu bilik dengan sengaja, pulas kepala dengan harapan seseorang itu akan faham ketidakpuasan hati ni. come on guys, be matured. benda boleh settle.
Tapi, kalau method tu tak jalan. So salah seorang kena mengalah la. Macam mana tu ?
Mengalah dengan pilihan yang ketiga. ( selalunya orang cakap, hidup ni kita ada dua pilihan. tapi sebenarnya tak ). Jalan yang pertama - ignore , pekakkan telinga, butakan mata ; yang kedua - gaduh , baling barang, smack down dan yang ketiga ( inshaallah yang terbaik ) - cari ruang yang boleh tenangkan hati. eg ; borak dengan parents, jogging dengan kawan-kawan, etc. Buat something yang boleh buat diri tu tenang. Benda yang paling simple tak payah susah pakai kasut sukan pun - iaitu solat sunat, baca Al-quran. Masa ni la peluang kita nak dekatkan lagi diri dengan tuhan. kenn. And tolong ingat ni, mengalah tak semestinya kita kalah, mungkin nampak lemah di mata manusia tapi itu merupakan satu kejayaan besar bagi seseorang tu sebab dia mampu kawal nafsu amarah dengan baik. so, tepuk tangan untu diri sendiri. *tepuk-tepuk 👏👏
Okay la. Setakat ni dulu bebelan sis. Tutorial mammo tak jalan lagi ni. Ambe mitok diri dulu la deh.
Wassalam.
ps : Entry ini bersifat general. kalau ada yang terasa hati sis minta maaf ye. Tiada niat menghina or mengguris hati sesiapa. Hanya teguran untuk sama-sama kita perbaiki diri. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri. Banyakkan muhasabah diri, inshaallah hidup kita akan lebih diberkati. ( macam bagi motivasi lak hee ) . Thank you sudi baca💖
0 comments