Review : Kfry
April 14, 2018
Assalamualaikum and hai,
Malam ni rasa rajin pulak nak buat review , padahal assignment banyak lagi tertunggak then isnin nanti ada test DIP tapi tak start study pun lagi 😀 * bagus sangat
Oh ye, back to our topic. Malam ni sis nak buat review pasal makanan 😍 yeay ! * sebut je pasal makanan terus hilang mengantuk ni. Nak tahu makanan apa ? Jom baca sampai habis ye.
Makanan ni merupakan salah satu faveret kami iaitu KFRY 😙😙 korang mesti tertanya-tanya KFRY tu apa eh ? KFRY tu ialah salah satu restoran famous korea yang ada kat malaysia ni. Setakat ni yang sis tahu KFRY ni just ada kat area Selangor and JB, kat tempat lain tak ada lagi setakat ni *setahu sis la
Okay, jom sambung cerita. Hari tu first time kami ke KFRY sebab termakan hasutan kawan kami si umie amirah *dia pun tak penah smpai situ and turut terhasut dengan siapa entah 😂 *berantai sungguh. Perjalanan kami agak jauh jugak la , dari Palam ke IOI, Putrajaya tu dalam sejam lebih jugak inc traffic jammed and sesat 😂😂 *even dah guna maps hahaha. Bila dah sampai sana jenuh pulak mendaki dalam mall cari restoran KFRY ni and alhamdulillah setelah meronda beberapa puluh minit finally kami jumpa jalan yang benar 😌😌 TETAPI..sampai je kat depan restoran tu kena que panjang sebab ramai sangat-sangat orang masa tu *KFRY bila masa je tak ramai orang 😂😂. Lama jugak la beratur almost sejam tunggu turn untuk dapat seat dan secara rasminya menunjukkan betapa famousnye KFRY ni sampai orang sanggup beratur panjang and menunggu lama untuk merasa keenakan menu kat KFRY ni pheww 😎😋
Hari tu kami try dua menu je sebab kekangan duit *sobs sobs 😭😭 , harga a little bit pricey but still affordable - janji sedap duit melayang pun takpe puas hati huhu. Nak merasa punya pasal plus masing-masing pun nafsu makan dah tahap singa meow meow so pakat tong-tong la duit sikit sorang. Kami decide untuk try recommended dish je dulu hehe * nak makan banyak kena menabung dulu , inshaallah ade rezeki dapat pergi lagi 😊😊
Kami decide untuk order dua jenis benda ni dulu * yang lain tolak tepi kita try next time 😘😘
Nah , mohon tengok and sila tahan diri anda dari menjilat skrin lappy / handphone ye 😂😂
Gambar 1 : Hasil gambar yang diculik dari website KFRY
Gambar 2 : K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk
Okay, yang kat atas ni namanya K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Ini adalah set yang yang kami order ( ada tiga set chicken bumbuk boleh rujuk kat Gambar 1).Dalam set ni ada ayam goreng bersalut tepung ( dalam 10* ketul macam tu) yang direndam* seketika dalam sos gochujang yang pedas serta disaluti oleh mozarella cheese yang hangat boleh ditarik-tarik oh tidak lupa jejari kentang gebu yang enak dan fresh dari ladang 😉😉
Rating : 💖💖💖💖/5
*Sebab sis tak suka makan pedas. But bila lilit cheese tu kurang sikit pedasnye . Menu ni sis recommend for those yang suka makan pedas . Oh ye lupa nak cakap, set ni kalau makan empat orang pun boleh sebab ayam nye banyak jugak. Boleh la nak merasa sikit sorang hehe.
Gambar 3 : yes hasil candat gambar yang kedua huhu
Gambar 4 : Kookies Madness ( kelantanse said "sekut maross" )
Rating : 💖💖💖 / 5
Untuk side dish, kami order ice blended seperti yang tertera di atas. Rasanya sedap, manis sebab disaluti caramel, oh ye turut dihiasi dengan whipped cream yang gebu beserta cookies dan badam yang crunchy 😘😘 Menu ni boleh share dua orang and don't worry gelas saiz medium. Kuantitinya pun agak banyak so cukup la untuk la untuk dua orang. Nanti jangan gaduh-gaduh rebut air ye malu kat rakyat marhain 😚😚 *inshaallah cukup hehe
Okay lah, sekian sahaja untuk entry kali ni. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke website KFRY
( just click the word "KFRY" )
Mood study dah datang so tiba masanya campak lappy ketepi. Thank you awak-awak yang sudi baca. Sebarang komen / pendapat boleh share kat ruangan komen dibawah 😘😘
0 comments