­

Review : Myeongdong Topokki

April 10, 2018

Hai and assalamualaikum ,

Buat apa tu ? hehe. Sedang duduk termenung ni tetiba teringat kat ramen Myeongdong Topokki ni😌 ya allah sedapnya. Kecuq aiyaq liuq bila teringat balik 🙈 

Anyway, sekarang ni makin ramai netizen yang dah dapat terima budaya korea kat malaysia ni, lagi-lagi bab makanan. Sekarang ni restoran korea kat malaysia ni makin berkembang, ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Mostly kat area KL or Selangor dan di negeri lain eg; Johor, terengganu and etc pun tidak berkecuali. Walau jauh sekali pun tempat tu orang tetap akan pergi, sebab apa ? sebab yang paling utama - terjebak dengan drama korea oppa-oppa mianae , termasuk la sistur 🙊🙋

Kalau tengok dalam drama tu mashaallah mengundang betul 😌 lagi-lagi bila tengah makan ramen or jajangmyeon, dia punya slurpp tu sampaikan kita ni berlari ke dapur untuk masak maggi 😂😂.
Walaupun tak ada ramen, makan maggi kari pun boleh la asalkan dapat fefeeling makan makanan korea 🙊 lagi best kalau makan sambil layan drama korea and jangan lupa makan guna chopstick, baru lah nampak macam unnie sikit kan 💃💃

Okay, back to the topic. Hehe. Bercerita bab ramen ni, Myeondong Topokki adalah merupakan pilihan netizen yang tepat ! 😋😍

Sebab apa ? First, sebab sedap. Second, harga yang berpatutan. Third, servis yang pantas dan efficient. Setakat ini dah empat or lima kali sis mangan di sini. At first sis saja je nak try sebab dah lama tengok review orang kat instagram and sis pun jenguk la post kat instagram Myeongdong Topokki ni. Ternyata posting-posting tersebut membuat nafsu makanku tidak tentu arah 💆 So apa lagi, laju je tangan ni menaip whatsapp untuk dihantar kepada encik abang tall,dark and handsome untuk turut serta 🙊 * alhamdulillah dia layankan je 😂😂

So, here we go . Menu pertama kami adalah ( bunyi dram ) ;
Hands up if anda suka topokki 😙 Bahan yang terkandung dalam topokki di restoran ini terdiri daripada kek beras dan fish cake beserta telur rebus yang dilimpahi dengan kuah pekat yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas. So kids also can eat it and also orang yang tak suka or tak boleh makan pedas macam sis 🙈🙈

Dan ini pula adalah Hangul chicken Ramyeon. Ini adalah favourite sis dari dulu sampai sekarang sebab kerangupan ketulan ayam goreng bersalut tepung , memang sepadan dengan ramen yang dibanjiri dengan kuah yang panas dan enak 😍😍 . Ramen ni sangat-sangat sedap, sekali cuba pasti nak lagi ! 😉😉 Oh ye, selain tu set ini juga turut menyediakan green tea yang free. Anda boleh pilih either hot or cold green tea. Tapi selalunya sis akan order yang cold sebab bila makan ramen yang panas-panas haruslah ditemani penyejuk tekak yang boleh meredakan suhu badan 💦💦. Dalam set ni kimbap ,kimchi and etc pun free tau so memang sangat-sangat berbaloi dan sedap 😍😍
  
Actually kami dah try banyak menu but the best are Hangul Chicken Ramen and Bulgogi Beef Deopbap ( gambar boleh tengok kat website Myeondong Topokki ) - selalunya Ameer yang selalu try Bulgogi ni sebab dalam set ni disediakan nasi ( Ameer not so korean, he's more into japanese culture sushi sushi 😌💓 )

Okay last but not least, sis sangat recommend this place for those yang sukakan makanan korea yang sedap dan dengan harga berpatutan, lagi-lagi student macam sis ni . Dengan bajet yang kurang dalam Rm20, anda dapat menikmati bermacam-macam menu kat sini. So apa tunggu lagi, cepat-cepat la serbu Myeongdong Topokki ! 😘😘 

ps ; Further info boleh ke website Myeongdong Topokki ( boleh click link ini ) or boleh search kat instagram 😁 and sorry sebab image low quality 😖




You Might Also Like

0 comments